Saturday, May 2, 2009

Deklarasi Mei Satu 2009

Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni

1. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja dengan segera.
2. Pastikan pakej Stimulus kepada projek yang benar-benar memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur.
3. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah.
4. Berikan tanah untuk Pertanian kepada pekerja yang hilang kerja untuk memulakan aktiviti pertanian.
5. Berikan catuan makanan.
6. Kekalkan cukai korporat di tahap 27%.
7. Tunaikan manifesto Pilihanraya.
8. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah.
9. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.
10. Pengistiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.
11. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita.
12. Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianyai oleh pihak majikan, polis, RELA dan imigresen.
13. Polisi ekonomi yang tidak berdasarkan diskriminasi kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan.
14. Hentikan rundingan semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan EU dan Amerika dan libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
15. Hentikan pengusiran paksa dan hormati hak perumahan Peneroka bandar.
16. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital.
17. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja.
18. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible, dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme, dan penyelewengan.

SOLIDARITI
Happy MAY DAY!!

No comments:

Post a Comment